Saturday, April 2, 2011

Reflesia Trek & Candu Cave Exploration (Part 1)

Bunga Refflesia Di Gua Tempurung, Perak.

 Ha... uolls jangan ingat Bunga Refflesia ada kat Sabah atau Sarawak je. Ala kat semenjung pun ada salah satunya iaitu di Perak, tak yah nak terbang jauh-jauh buang duit je.Tp, kalu gi Sabah atau Sarawak untuk bercuti, sambil nak tengok bunga Refflesia tu berbaloila juga..
 
 Baru-baru ni kat tempat ai keja, ada lawatan ke Gua Tempurung. Apalagi tak lepas peluangla, terus register. Kalu nak gi sendiri "hampeh". Lagipun tempat limited & package yang diorang tawarkan memang murah (hanya untuk staff je ye,) yang bukan staff are not invited..hehhheee
 
 Kalu uolls nak gi... ini perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Tempurung (coz saya dok KL)-hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam saja (ikut speed masing-masing). Tapi masa saya gi ari tu, lama juga la dok dlm bas (lebih kurang 3 jam, sebab ari tu Public Holiday (Agung Besday) and then ujan pulak, so bas tak leh nak speed.

Weolls depart lebih kurang kul 8 pg sampai sana sharp kul 11 pg. So, program we olls ari tu lewat 1jam                                    

 
Dah sampai pun kat Gua Tempurung, ambil gambar dulu
Wz frenz


Inilah lori yang angkut weolls semua, masa nak naik lori ni rasa cam pendatang asing pown ada juga.
But it so interesting & good memori to remember till forever in my life. Kat sini lori adalah pengangutan
utama, kerana keadaan jalan yang tak sekata & berbukit-bukit. 

Setelah melalui jalan yang berlekok,berliku, simpang siul dan lagi-lagilah,sampai pun we olls semua kat tempat mendaki.Nanti dulu!! mana boleh panjat macam tu je, kena dengar short taklimat daripada jurupandu we olls. Ala,pantang larang sebelum panjat bukit (harus!!!).Jurupandu profesional ni semuanya daripada kalangan org asli, coz diorg dah tau selok belok kat hutan tu.Dan setiap orang perempuan mesti ada "Badi" (pasangan), nak tau badi saya sapa? Tunggu...


Inilah "badi" saya yang slalu kena buli setiap kali kena pacat., heee geli... 
Banyak tau pacat kat sini, mungkin sebab hujan.


Salah seorang member saya yang terpaksa merelakan dirinya digigit oleh pacat!!! 

If uolls nak tau, sebelum nak sampai ke tempat Bunga Refflesia tuh, banyak sangat pengalaman
yang sya dapat. Ada kengkawan ai, yang terpaksa patah balik sebab dah tak mampu nak memanjat.
Stamina is important, Saya pun hampir-hampir nak mengalah.....Camne nak panjak gunung Kinabalu....Toing!!!



Bunga Refflesia yang belum mengembang

Nah! inilah dia Bunga Refflesia, 3 jam tau berjalan hanya nak tengok ni saja(Bunga Reflesia), macam tak
percaya yang saya sudah tengok bunga ini dengan mata sendiri.Bukan senang tau nak tengok
Bunga Rafflesia mengembang, walaupun taklah besar berbanding di tempat lain..berbaloi dowww...:)


Walaupun hanya setengah jam berada dikawasan tu...., tapi pengalaman yang saya 
ngan kengkawan serombongan dapat betul-betul berharga.


Time untuk turun... perutpun dah mula "berkeroncong".... :(


Memang pelahap gila time ni....,walaupun hidang tengahari kat situ ala kadar je.


Salah satu pemandangan "nun hijau disana".

"STANBY FOR ANOTHER TRIP-CANDU CAVE"